Rawatan Akar Gigi Elakkan Gigi Anda Dicabut!?

Kebanyakan pesakit masih ramai tidak  tahu mengenai rawatan akar gigi. Ramai meminta kepada doktor supaya gigi yang sakit atau berlubang besar terus dicabut.  


Sudah menjadi tanggungjawab doktor untuk menerangkan kepada pesakit mengenai rawatan lain, terutamanya rawatan akar bagi mengelakkan gigi dicabut. 


Apakah rawatan akar gigi atau RCT?

Rawatan akar juga dikenali sebagai RCT ( Root Canal Treatment ) dan rawatan salur akar. Sepertimana nama rawatan tersebut, ia melibatkan rawatan hingga ke peringkat akar gigi. 

Proses rawatan membersihkan akar gigi dan menggantikan dengan tampalan kekal di dalam akar gigi.


Keadaan yang memerlukan rawatan akar :-


  1. Gigi yang pernah mengalami jangkitan kuman hingga ke lapisan dalam gigi (pulpa)

Gambar 1 menunjukkan jangkitan kuman akibat karies telah sampai ke akar gigi, menyebabkan nanah pada akar gigi (periapical abscess).


Pada peringkat ini, selalunya pesakit akan rasa berdenyut-denyut dan sukar tidur malam kerana sakit.


  1. Gigi yang telah mati (non vital)

Gigi menjadi nonvital disebabkan banyak faktor. Antaranya pernah ada sejarah trauma seperti kemalangan, terjatuh, atau gigi terhempap objek yang berat. 


Gigi yang pernah berlaku jangkitan juga boleh menjadi non vital.Tanda-tanda gigi non vital ialah gigi bertukar warna menjadi gelap. 


Gigi yang mati tidak kuat, mudah patah, dan melibatkan masalah estetik (tidak cantik). Selepas gigi tersebut dilakukan rawatan akar, doktor akan menasihati pesakit untuk melakukan rawatan “ crown “ / sarung gigi.


Gambar 2 Contoh gigi yang mati atau non vital bertukar menjadi warna gelap.


  1. Gigi yang patah atau fracture

Gigi yang patah yang melibatkan bahagian gigi yang mempunyai saraf dan saluran darah. Bahagian saraf yang terdedah menyebabkan nyilu, dan kuman mudah untuk menembusinya. 


Gambar 3 menunjukkan gigi yang patah. Perlu jumpa doktor gigi segera untuk rawatan yang sesuai. Lapisan dalam gigi yang terdedah kepada kuman menyebabkan bengkak gusi/bernanah.


Bagaimana rawatan akar dilakukan?


Gambar 4 menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk Rawatan Akar.


Akar gigi dibersihkan menggunakan alat khas, dan digantikan dengan bahan yang dikenali sebagai gutta percha.


Kemudian, barulah gigi ditampal atau dibuat crown/ sarung gigi.


Semoga info ini bermanfaat. Ingat ya, tak semua gigi yang sakit atau berlubang perlu dicabut. Rawatan akar boleh meyelamatkan gigi anda dari dicabut.


Untuk temujanji di Klinik Pergigian Dr. Farhana, klik link wasap di bawah ➖


Link WhatsApp :-

Cawangan Temerloh – https://www.wasap.my/60103447946

Cawangan Jengka – https://www.wasap.my/601131626274

Cawangan Kulim – www.wasap.my/+60199402137


Terima kasih.


Dr. F

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *