4 Tips Menghalang Berlakunya Karies Gigi Pada Anak-Anak Anda

Karies gigi atau gigi berlubang adalah masalah utama kanak-kanak yang datang ke klinik saya. Mari saya kongsikan tips-tips yang sangat mudah dipraktikkan oleh ibubapa dan anak-anak.


Gambar 1 : Gigi kanak-kanak yang sihat. Gigi yang sihat dan cantik penting untuk perkembangan mereka.


Tips 1 : Regular Check Up/ Pemeriksaan berkala


Ramai ibubapa yang cakna pasal gigi anak-anak, gigi cantik bersih masih lagi bawa ke klinik untuk pemeriksaan berkala setiap 6 bulan atau setahun. Saya sangat respek dengan ibu bapa ini. Tahu tak kos rawatan gigi tinggi sekiranya masalah gigi lebih “ complicated “ ? Check up gigi berkala sambil dengar penerangan doktor penting kerana bukan sahaja anak-anak mendengar nasihat doktor, malahan ibu bapa juga boleh belajar daripada doktor. Doktor biasanya akan ajarkan cara-cara gosok gigi dengan betul kepada  anak-anak.Tak kiralah samaada di klinik kerajaan atau swasta.


Gambar 2 : Pemeriksaan berkala setiap 6 bulan dapat mengurangkan/menghilangkan trauma kanak-kanak untuk berjumpa dr gigi.


Tips 2 : Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari


Karies gigi tak terjadi tiba-tiba. Proses pembentukan karies berlaku agak lama. Kerap ibu bapa mengadu “ kerap sangat anak saya gosok gigi dr, sampai 5 kali sehari . Tapi tetap berlubang gigi dia “ Tahu tak kenapa? Anda perlu cek teknik berus gigi anak anda. Teknik gigi yang betul sangat penting untuk memastikan kebersihan mulut anak anda di tahap yang optimum. Bagi anak yang masih tak pandai gosok gigi sendiri, ibubapa harus membantu anak-anak untuk memberus gigi. Lagi satu, untuk anak-anak yang dah pandai meludah boleh gunakan ubat gigi berflorida ya. 


Gambar 3 : Ibubapa perlu kreatif bagi memastikan anak-anak sentiasa gembira dan teruja untuk memberus gigi.


Tips 3 : Elakkan makanan tinggi gula


Pemakanan sihat penting untuk pertumbuhan gigi anak-anak. Punca utama karies gigi adalah gula. Gula dalam makanan melekat pada permukaan gigi. Untuk tempoh tertentu, jika dibiarkan gula tersebut pada permukaan gigi, bakteria akan bertindakbalas dengan gula. Proses tindakbalas ini menghasilkan asid. Asid bersifat menghakis struktur gigi dan kaviti pun terbentuk. Jadi, elakkan pengambilan makanan manis boleh mengurangkan risiko karies gigi. Makanan yang baik untuk gigi seperti hasil tenusu seperti cheese, dan air susu. 


Gambar 4 : Antara makanan yang baik untuk gigi


Tips 4 : Lakukan sapuan florida


Sapuan florida boleh mengurangkan risiko gigi berlubang. Florida boleh menghalang proses pembentukan karies. Sapuan florida ini boleh dilakukan setiap 6 bulan. Seeloknya lakukan selama 4 kali. 

Ok, semoga tips ini bermanfaat. Gigi anak-anak kita adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya.


Nak lakukan sapuan florida di Klinik Pergigian Dr. Farhana, klik link WhatsApp di bawah :-


Cawangan Temerloh – www.wasap.my/60103447946

Cawangan Jengka – www.wasap.my/601131626274

Cawangan Kulim – www.wasap.my/60199402137


Terima kasih.


Dr. F

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *