Hi semua! Harini kami nak kongsikan sedikit info tentang rawatan ortodontik. Apa itu Ortodontik? Ortodontik adalah salah satu rawatan pergigian bertujuan untuk memperbaiki kedudukan gigi dan rahang yang tidak teratur. Rawatan ini telah menjadi semakin trending pada masa sekarang. Tertanya-tanya mengenai rawatan apa? Apa lagi kalau bukan pasal braces.
-
- Apa itu braces?
Pendakap gigi atau lebih popular dikenali sebagai ‘Braces’ (Bahasa Inggeris) adalah sejenis rawatan ortodontik yang ditawarkan di klinik pergigian kami. Rawatan ini dikhususkan kepada pesakit-pesakit yang ingin memperbetulkan barisan dan susunan gigi mereka yang tidak teratur.
-
- Jenis-jenis braces
Terdapat pelbagai jenis braces yang diciptakan khas dalam rawatan ortodontik ini.
Antara jenis-jenis braces yang biasanya ditawarkan di klinik-klinik adalah:
-
- Braces Conventional
-
- Braces Self-Ligating
-
- Braces Seramik
-
- Braces Lingual
-
- Braces Invisalign atau Clear Aligners
Setiap jenis braces ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Jadi, di dalam blog kali ini, kami akan menerangkan sedikit tentang braces-braces tersebut. Setakat ini, di klinik pergigian kami, kami hanya menawarkan 2 jenis rawatan braces sahaja iaitu braces Conventional dan Self-Ligating.
> Braces Conventional
-
- Braces conventional adalah sejenis braces tradisional dan ia adalah braces yang sangat popular dalam pasaran.
-
- Kebanyakan orang memilih metal braces ini sebagai pendakap gigi mereka terutama sekali dalam kalangan remaja.
-
- Braces ini mempunyai getah pengikat berwarna (elastic rubber bands) dan wayar melengkung.
-
- Elastic rubber bands tersebut berfungsi sebagai pengikat kepada wayar melengkung yang terletak pada braket braces.
-
- Braket, wayar melengkung dan getah pengikat ini akan bekerjasama untuk membentuk susunan gigi yang baharu dan proses ini akan mengubah susunan gigi tersebut supaya menjadi lebih lurus dan teratur.
Kelebihan:
Mempunyai getah pengikat yang berwarna-warni, membuatkan braces ini menjadi pilihan orang ramai.
Kos rawatannya yang kurang mahal berbanding braces yang lain. Di klinik kami, harga rawatan bagi braces conventional adalah lebih murah berbanding braces self-ligating.
Kekurangan:
Bagi yang memilih untuk memakai braces ini, pembersihan yang teliti perlulah dilakukan setiap hari.
Tempoh pemakaian braces ini adalah memakan masa yang agak lama iaitu sekitar 2 hingga ke 3 tahun.
> Braces Self-Ligating
-
- Braces yang tidak menggunakan elastic rubber bands (seperti yang ada pada conventional braces) ataupun metal ties.
-
- Braces ini mempunyai klip khas pada braket bracesnya bagi memastikan wayar besi melengkung terletak di kedudukan yang betul.
Kelebihan:
Mudah untuk dibersihkan
Tahap kesakitannya adalah kurang berbanding braces tradisional.
Tempoh pemakaiannya juga lebih singkat berbanding braces yang lain.
Kekurangan:
Kos rawatan bagi braces self-ligating ini adalah sedikit mahal berbanding braces conventional. Begitu juga di klinik kami, harga rawatan bagi braces self-ligating adalah sedikit tinggi daripada braces conventional.
Braces yang lain:
> Braces Seramik
- Rupa bentuk braces seramik ini agak serupa seperti braces tradisional. Cumanya, ia tidak mempunyai warna pada braket dan getah pengikat yang menonjol seperti braces conventional.
Kelebihan:
Warna pada braket braces seramik ini adalah telus iaitu menyamai warna semula jadi gigi kita. Disebabkan inilah, sesiapa yang memakai braces ini akan nampak seperti tidak memakai braces.
Braces seramik ini datang dalam pelbagai peringkat warna ketelusan supaya pemakai braces dapat memakai warna pendakap gigi yang hampir sama seperti warna asli gigi mereka.
Braces ini juga sangat tahan lasak dan tidak mudah retak atau rosak.
Kekurangan:
Cepat kotor disebabkan oleh warna braketnya yang telus dan jernih. Warna braces ini akan bertukar menjadi warna yang kurang menyenangkan jika ia tidak dijaga dengan baik.
Harganya juga lebih mahal jika dibandingkan dengan braces conventional dan self-ligating.
> Braces Lingual
-
- Braces ini menyamai braces tradisional iaitu braces conventional. Ia diketahui sebagai braces yang terselindung atau tidak nampak.
-
- Hal ini kerana, braket dan wayar besi pada braces ini tidak diletakkan di hadapan permukaan gigi seperti braces conventional. Sebaliknya, ia diletakkan di bahagian dalam gigi iaitu berhadapan dengan lelangit dan lidah.
Kelebihan:
Apabila anda memakai pendakap gigi lingual ini, ia langsung tidak kelihatan seperti anda sedang memakainya disebabkan oleh ciri-cirinya yang terselindung.
Kekurangan:
Kekurangan braces ini adalah ia susah untuk dibersihkan disebabkan oleh kedudukannya yang berada di bahagian dalam.
Harganya yang juga jauh lebih mahal berbanding braces conventional.
> Braces Invisalign atau Clear Aligners
-
- Braces clear aligners ini adalah braces yang terpaling trending pada masa sekarang.
-
- Braces ini adalah sejenis braces inovasi ortodontik yang terkini. Ia menggunakan clear plastic aligner tray yang menyerupai bentuk gigi kita.
-
- Warnanya juga lutsinar (transparent) dan rupa bentuknya mengikut acuan saiz dan bentuk gigi kita sendiri.
-
- Tidak semua orang sesuai untuk memakai braces clear aligners ini. Ianya bergantung kepada masalah struktur bentuk dan kedudukan gigi individu tersebut.
-
- Kebiasaannya, dentist akan mengesyorkan pemakaian braces invisalign ini kepada pesakit yang mempunyai masalah seperti overbite, underbite dan crossbite. Golongan ini sangatlah digalakkan untuk memakai clear aligners kerana braces seperti ini dapat membantu untuk memperbaiki kedudukan gigitan mereka yang bermasalah.
Kelebihan:
Disebabkan oleh ciri-cirinya dan warnanya yang transparent, orang lain tidak akan perasan yang anda sebenarnya memakai braces. Jadi, ramai yang memilih untuk memakai braces invisalign ini.
Yang paling penting sekali adalah braces ini sangat mudah untuk dibersihkan.
Kekurangan:
Tempoh pemakaian bagi braces ini adalah sekitar 20 jam sehari. Jangan risau kerana braces ini mudah untuk ditanggalkan sekiranya anda hendak makan dan gosok gigi.
Harga rawatannya mahal dan tinggi bergantung kepada masalah gigi pesakit.
-
- Cara penjagaan braces.
Setiap orang yang memakai braces perlulah diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan gigi dan braces anda dengan rapi. Penjagaan yang tidak rapi akan menjadi punca utama kepada berlakunya pelbagai masalah yang tidak diingini. Penjagaan gigi bagi yang memakai braces sememangnya sangat mencabar. Hal ini kerana, terdapat banyak langkah yang anda perlu patuhi demi menjamin kebersihan pendakap gigi anda. Jadi, dalam blog ini, kami akan membantu anda dengan menerangkan satu persatu tentang cara-cara menjaga kebersihan pendakap gigi dengan sempurna.
-
- Sentiasa bersihkan mulut anda setiap kali selesai makan.
Apabila anda memakai braces, sisa makanan dan plak akan mudah terkumpul di bahagian pendakap gigi anda. Disebabkan inilah anda perlu menitikberatkan soal kebersihan gigi anda dengan sempurna. Pembersihan gigi yang tidak lengkap dan sempurna akan menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi anda. Jadi, sila pastikan anda berkumur dan bersihkan mulut setiap kali anda selesai makan.
-
- Essential kit yang wajib ada bagi pemakai braces
Berus gigi ortodontik (khas untuk pemakai braces) yang berbentuk ‘U-shaped’.
Ubat gigi yang mengandungi fluorida.
Dental floss, superfloss, atau benang gigi.
Interdental brush.
Mouthwash yang mengandungi fluorida.
Dental wax.
-
- Praktikkan teknik pembersihan gigi dan braces yang betul.
Pastikan anda menggunakan berus gigi yang diciptakan khas untuk pemakai pendakap gigi (orthodontic toothbrush).
Berus gigi selama 3 minit.
Pilih ubat gigi yang mengandungi fluorida kerana ubat gigi ini dapat membantu menguatkan enamel gigi.
Gunakan interdental brush untuk membuang sisa-sisa makanan yang terperangkap di celahan pendakap gigi.
Jangan lupa untuk floss gigi anda. Gunakan superfloss atau waterfloss supaya celahan antara gigi juga dapat dibersihkan.
Lengkapkan rutin pembersihan gigi anda dengan menggunakan pengkumur mulut atau mouthwash berfluorida selama 30 saat.
-
- Monitor pengambilan makanan anda.
Makan makanan yang lembut (soft foods) dan berkhasiat.
Elakkan minuman yang berkarbonat kerana minuman seperti ini mengandungi asid yang dapat menghakiskan gam yang ada pada braket braces anda.
Jangan makan makanan yang melekit (sticky foods), keras (crunchy) dan kenyal (chewy) seperti gula-gula getah. Makanan yang kenyal dapat merosakkan wayar besi melengkung yang ada pada metal braces anda.
-
- Minum air kosong secukupnya.
-
- Datang appointment check-up bulanan.
-
- Pantang larang braces
-
- Jangan berus gigi terlalu kuat dan kasar. Memberus secara kuat dan kasar dapat menanggalkan bracket braces dan merosakkan gusi.
-
- Elakkan makan makanan:
Makanan yang keras (hard foods) seperti seperti keropok dan kacang.
Makanan yang kenyal (chewy) seperti gula-gula getah atau chewing gum.
Makanan yang melekit (sticky) seperti gula-gula toffee.
Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis.
Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi banyak bahan pewarna.
Elakkan minuman berkarbonat kerana minuman seperti ini mengandungi asid yang dapat menghakiskan gam yang ada pada braces anda.
-
- FAQ
-
- Sakit ke pakai braces?
Setiap orang mempunyai tahap ketahanan yang berbeza terhadap rasa sakit dan ketidakselesaan. Jadi, ia bergantung kepada tahap ketahanan individu tersebut.
-
- Siapa yang perlukan rawatan braces?
Individu yang mengalami masalah gigi yang tidak teratur.
Masalah gigi jongang.
Masalah gigitan (Overbite, Underbite, Crossbite dan pelbagai lagi)
Golongan ini perlu menggunakan braces untuk memperbetulkan kedudukan gigi mereka supaya nampak tersusun. Gigi yang tersusun akan memudahkan rutin harian pembersihan dan proses menguyah makanan.
-
- Umur yang digalakkan untuk melakukan rawatan braces.
Umur yang digalakkan untuk melakukan rawatan braces adalah semasa sedang membesar iaitu dalam lingkungan 12 hingga ke 13 tahun. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada individu tersebut kerana setiap orang mempunyai masa dan tahap tumbesaran yang berbeza. Tetapi, proses rawatan braces bagi orang dewasa adalah agak sukar dan memakan masa yang lebih lama berbanding golongan remaja.
-
- Berapa lamakah tempoh rawatan apabila memakai braces?
Tempoh rawatan braces adalah bergantung kepada umur dan kes yang dialami oleh pesakit. Kes yang sukar akan memakan masa yang lebih lama demi mencapai hasil dan kualiti yang diingini. Selalunya, pemakaian braces mengambil masa sekitar 2 hingga ke 3 tahun.
-
- Tentang retainer.
Selepas sahaja anda selesai dengan tempoh pemakaian braces, doktor gigi akan menyarankan pesakit untuk memakai retainer. Retainer adalah rawatan susulan selepas pemakaian braces. Pemakaian retainer selepas tempoh pemakaian braces adalah wajib. Hal ini kerana, retainer dapat membantu mengelakkan gigi anda daripada bergerak semula ke posisi asal mereka.
Di klinik kami, kami menawarkan 3 jenis rawatan retainer.
-
- Essix Retainer
-
- Hawley Retainer
-
- Fixed Retainer
-
- Braces untuk mengandung
Memakai pendakap gigi bagi wanita mengandung adalah selamat. Yang penting, pastikan anda inform dahulu doktor gigi yang akan merawat masalah gigi anda.
Kesimpulannya, Inilah serba sedikit perkongsian daripada kami berkenaan rawatan ‘braces’. Jika anda memerlukan rawatan braces, sila hubungi kami di 3 cawangan ini. Terima kasih kerana membaca.
- Cawangan Temerloh | 09-296 2451
- Cawangan Jengka | 09-466 2451
- Cawangan Kulim | 04 402 6029