Mulut berbau @ halitosis menjadi penghalang kepada hubungan sosial, selain menyebabkan seseorang mengalami perasaan rendah diri.
Nak tahu punca nafas berbau?
Tindakbalas bakteria dan makanan dalam mulut menghasilkan bahan perkumuhan yang terdiri daripada asid dan sulfur. Sulfur ini menyebabkan bau busuk.
Kenapa nafas berbau berlaku pada saat bangun dari tidur?
Pada waktu itu, air liur lebih berasid, kurang aktiviti mengunyah dan bercakap menyebabkan persekitaran mulut sangat sesuai untuk pembiakan bakteria.
Cara atasi nafas berbau
1. Pastikan gosok gigi dengan bersih sebelum tidur.
2.Jadikan floss gigi sebagai amalan wajib sebelum tidur.
3.Gunakan ubat gigi berflourida
Semoga bermanfaat…