5 Tips Pemilihan Dan Penjagaan Berus Gigi

Hi! Selamat datang ke Klinik Pergigian Dr Farhana.
Kami ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai tips penjagaan gigi yang mudah dan senang untuk diikuti. Topik hari ini adalah mengenai tips pemilihan dan penjagaan berus gigi.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira untuk memastikan kesihatan oral terpelihara termasuklah cara pemilihan berus gigi dan penjagaannya. Nak tahu lebih lanjut mengenainya? Jom kita lihat tips di bawah ini.


1. Pilih berus gigi yang lembut


Terdapat segelintir orang beranggapan memberus gigi dengan kuat dapat menanggalkan sisa kotoran dalam mulut. Dipadankan pula dengan pemilihan berus gigi yang keras. Herm..tahukah anda sebenarnya kita hanya perlu gosok gigi dengan tekanan biasa menggunakan berus gigi yang lembut untuk menjaga kesihatan gigi kita.



2. Pilih berus gigi yang sesuai dengan saiz mulut anda


Terdapat pelbagai saiz berus gigi di pasaran. Berus gigi kanak-kanak mestilah lebih kecil dari dewasa. Namun walaupun begitu, jika anda adalah orang dewasa tetapi mempunyai saiz mulut kecil tidak salah kalau anda menggunakan berus gigi kanak-kanak.



3. Elakkan meletak semua berus gigi dalam satu bekas dan di toilet

Mungkin anda salah tentang cara penyimpanan berus gigi yang betul. Tahukah anda sebenarnya berus gigi sangat mudah menjadi tempat pembiakan bakteria jika tidak disimpan secara betul. Nak tahu adakah anda telah menyimpan berus gigi secara betul?


Jangan letak berus gigi anda bersentuhan dengan berus gigi orang lain dalam satu bekas. Ini kerana bakteria boleh berpindah dari satu berus gigi ke berus gigi lain. Elakkanlah meletak berus gigi dekat dengan toilet. Sebaiknya tutup mangkuk tandas sewaktu flush.


4. Jangan berkongsi berus gigi dengan orang lain

Berus gigi tidak boleh dikongsi dengan orang lain ye kawan-kawan. Ini bagi mengelakkan jangkitan silang antara mulut anda dengan mulut orang lain.



5. Tukarlah berus gigi anda setiap 3 bulan atau apabila berus gigi sudah kembang serta apabila berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk

Jadikan rutin untuk menukar berus gigi setiap 3 bulan sekali atau sebaik berus gigi sudah kembang. Jika anda tidak sihat seperti batuk, selsema atau sakit tekak dsb, tukarlah berus gigi supaya sakit tidak berulang lagi


P/s : Datanglah melakukan pemeriksaan di Klinik Perigigian Dr Farhana dan jangan lupa singgah ke kedai online kami untuk dapatkan produk-produk penjagaan gigi.

https://farhanadental.com/product/set-penjagaan-gigi-dewasa/













Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *